Daisypath Next Aniversary Ticker

AUW!

Filed under: by: Unknown

auw!

ketika aku sedang menulis ini, aku di dalam keadaan sedang hendak menyiapkan senarai lagu-lagu aku yang akan diterbitkan tidak lama lagi. senarainya agak panjang dan hendak menyenarai pendekkan amatlah memeritkan. semuanya sedap didengar dan amat mengasyikkan, namun keadaan pasaran juga harus diambil kira. ah peritnya. komposisi lagu yang dibentuk kadang-kadang terlalu berseni dan menyebabkan rakan-rakan dan saudara terdekat pun tak paham bila aku bagi mereka dengar. setiap kritikan aku ambil untuk memperbaiki mana yang perlu. namun, seperti setiap seniman pernah berkata, "your touch is just YOUR touch" maka setiap lagu mestilah terdapat unsur-unsur dan elemen-elemen yang sama.

menerbitkan setiap karya aku sendiri merupakan cita-cita aku sejak kecil. menjadi seorang arkitek memberikan aku ruang untuk menerbitkan apa yang aku lakarkan menjadi sebuah arca berfungsi yang cukup besar dan gagah. apa yang aku impikan kini telah menjadi kenyataan dan aku bersyukur pada Tuhan kerana memakbulkan setiap permintaan aku. nama aku pernah terpampang didada majalah arkitek malaysia dan hasil kerja aku kini menjadi analisa pelajar-pelajar jurusan binaan. memang menarik dan kini aku mula ke arah penghasilan karya seterusnya iaitu muzik.

aku pernah memiliki kugiran pada usia remaja dan seperti biasa kugiran tersebut tak pun bertahan lama bila masing-masing mula memasuki alam pekerjaan. aku tetap meminati Metallica dan Cranberries dan Coldplay. Tetapi bila aku cipta lagu ianya akan jadi macam Enya atau P.Diddy atau Kitaro (memang kawan-kawan aku cakap muzik aku macam Kitaro walhal aku tak pernah ada koleksi beliau, Metallica banyaklah, koleksi sempurna lagi!)

kini aku mencipta lagu secara solo. 20 tahun mencipta menjadikan lagu aku begitulah peliknya. aku tetap mengidolakan karya Too Phat dan M.Nasir dan gabungan mereka untuk single terbaru Malique Too Phat amat mengagumkan aku. bila aku cipta lagu aku rasa bebas dan karya itu menjadi satu hasil seni. tapi bila aku pergi kerja ianya amat membosankan. aku tengah mengumpul dana untuk melalui hidup selama setahun tanpa kerja di pejabat orang lain. hmmm kerja nak simpan duit ni pun satu kerja yang sukar juga, ditambah pula komitmen yang besar. well, you do what you need to do!

4 comments:

On August 3, 2008 at 5:45 PM , dugongsenyum said...

all the best!

 
On August 3, 2008 at 10:41 PM , Ojie said...

aku pn layan lagu M Nasir..
Lirik yg sungguh sesuatu :-)

 
On August 3, 2008 at 11:33 PM , Unknown said...

dugong,
thanx bro i wish this company shall strike big time!!

ojie,
mnasir mmg epik fuh aku sungguh kagum sama dia

 
On August 3, 2008 at 11:35 PM , Marjerin said...

semuga berjaya